Malaysia

Mahkamah benarkan Vivy Yusof, suami ambil pasport sementara urus visa haji

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, mendapatkan pasport buat sementara bagi menguruskan permohonan visa menunaikan ibadah haji.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan permohonan yang dikemukakan peguam Shaarvin Raaj, dengan pasport diserahkan kepada pasangan itu bermula hari ini hingga Isnin depan sebelum dikembalikan semula kepada mahkamah pada 9 Mac.

Permohonan tersebut dibuat bagi membolehkan mereka menguruskan visa haji dan menempah tiket ke Makkah selepas kelulusan visa diperoleh.

Pada 5 Disember 2024, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker