Malaysia

Makin ramai tak sangka hidap diabetes, terutama yang berusia 18-29 tahun

Penyakit diabetes kini menjadi ‘pembunuh senyap’ di Malaysia apabila satu daripada enam orang dewasa bersamaan 15.6 peratus populasi yang menghidap penyakit ini, namun ramai tidak sedar mereka telah dijangkiti.

Lebih membimbangkan, 84 peratus individu muda berusia 18 hingga 29 tahun langsung tidak mengetahui mereka penghidap diabetes, sekali gus menunjukkan betapa lemahnya kesedaran terhadap saringan awal.

Pakar kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa beban sistem kesihatan kini bukan lagi tertumpu pada pencegahan semata-mata, tetapi telah beralih kepada rawatan dan pengurusan komplikasi serius akibat diabetes.

Mereka turut menyeru kepada pemerkasaan pesakit untuk mengurus penyakit secara aktif, termasuk kawalan pemakanan, senaman konsisten, penjagaan kaki dan pemantauan paras gula sebelum tubuh mula ‘memberontak’ tanpa amaran.

Jika tiada tindakan drastik diambil, Malaysia bakal menyaksikan peningkatan mendadak generasi muda yang hilang kualiti hidup akibat penyakit yang boleh dicegah ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker