Malaysia diminta main peranan isu konflik Thailand-Kemboja – PM

Malaysia diminta supaya terus memainkan peranan penting dalam menangani isu damai konflik antara Thailand dan Kemboja.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat itu disampai ketika pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan kedua negara itu hari ini.
Menurut beliau, atase pertahanan ASEAN akan bersama terus memantau di mana Malaysia berpendapat tidak perlu lagi campur tangan ASEAN secara menyeluruh.
Pada 28 Julai, pemimpin Thailand dan Kemboja yang bertemu di Malaysia di bawah perantaraan Anwar setuju untuk melakukan gencatan senjata selepas berlaku ketegangan di sempadan kedua-dua negara.
Ketegangan antara Thailand dengan Kemboja mula memuncak sejak 28 Mei, susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan Preah Vihear yang dipertikaikan, menyebabkan seorang anggota tentera Kemboja terkorban.




