Malaysia

Mana-mana stesen TV kutuk Trump akan ditarik lesen penyiaran

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menimbulkan kebimbangan antarabangsa apabila mencadangkan lesen penyiaran stesen televisyen yang mengkritiknya boleh ditarik balik.

Langkah itu disuarakan selepas pentadbirannya menekan syarikat penyiaran ABC sehingga menggantung pengacara rancangan lewat malam, Jimmy Kimmel.

Tindakan berkenaan dilihat sebagai usaha menyekat kebebasan bersuara dan menghalang pengkritik daripada terus bersuara lantang.

Kimmel digantung selepas mengulas isu pembunuhan tokoh konservatif, Charlie Kirk, dengan pentadbiran Trump didakwa tidak senang dengan gaya sindirannya.

Insiden ini kemudian mencetuskan gelombang solidariti daripada pengacara televisyen lain yang melihat tindakan tersebut sebagai satu bentuk penapisan.

Langkah Trump ini sekali gus mencerminkan pendekatan keras pentadbirannya terhadap media, yang berpotensi mewujudkan iklim ketakutan dalam kalangan pengamal media dan penyiaran di Amerika Syarikat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker