Uncategorized
Mangsa terjejas di Sabah kekal 75 orang di dua PPS

Jumlah penduduk terjejas banjir di Sabah kekal 75 orang daripada 23 keluarga setakat 8 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan sebanyak 30 kampung di daerah Paitan masih terjejas akibat bencana berkenaan, namun hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan mangsa.
Kesemua mangsa ditempatkan di PPS Pusat Komuniti Batagon Darat dan Surau Nur Hikmah Kampung Kaindangan.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan semasa selain menyalurkan bantuan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir terpelihara.



