Uncategorized

Dadah bernilai RM13.9 juta disorok dalam dua Myvi, Alphard

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket dadah bernilai RM13.9 juta melalui dua serbuan di Lembah Klang dan Simpang Pulai pada Isnin lepas, hasil maklumat risikan.

Enam lelaki tempatan berusia 26 hingga 46 tahun ditahan, dipercayai sebahagian rangkaian sindiket yang bergerak dari Perlis hingga ke Lembah Klang.

Mereka diupah antara RM4,000 hingga RM5,000 sebagai pengangkut dan penyelaras laluan.

Serbuan pertama di parkir bawah tanah sebuah pasar raya di Petaling Jaya menemukan 273 kilogram methamphetamine dan 101 kilogram ketamin bernilai RM13.8 juta, disorok dalam 23 guni di tiga kenderaan termasuk Toyota Alphard dan dua Perodua Myvi.

Serbuan kedua di R&R Simpang Pulai menahan seorang lagi suspek yang bertugas sebagai sweeper, walaupun tiada dadah ditemui dalam kenderaannya.

Lima suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, termasuk sehingga 12 rekod bagi salah seorang daripada mereka, manakala dua didapati positif ujian air kencing.

Selain rampasan dadah, JSJN turut menyita tiga kenderaan bernilai RM140,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988. Semua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker