Malaysia

MOTAC, Tourism Malaysia tiada kaitan pertandingan iktiraf ‘transgender’ di Sentul

Penganjuran pertandingan ratu dan jejaka selebriti antarabangsa yang tular di Sentul disahkan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atau Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia memaklumkan pihak penganjur menggunakan logo korporat agensi itu serta logo kempen Visit Malaysia 2026 tanpa kebenaran rasmi.

Sehubungan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia menegaskan mereka tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi atau tanggapan awam yang timbul daripada penganjuran acara tersebut.

Tindakan lanjut akan diambil bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama dan identiti korporat negara.

Isu ini timbul selepas tular rakaman acara berkenaan di media sosial yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai apabila seorang lelaki menyerupai wanita turut mendapat pengiktirafan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker