Malaysia
Muhyiddin dedah Hamzah jumpa Zahid senyap-senyap

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Datuk Seri Hamzah Zainudin mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tanpa pengetahuan dan kebenaran parti bagi membentuk gabungan politik.
Muhyiddin turut mendakwa Hamzah terlibat dalam gerakan dalaman yang menjejaskan dan memecah-belahkan parti, menjadi antara sebab beliau dipecat pada 13 Februari lalu.
Menurutnya, terdapat pelbagai pelanggaran disiplin sehingga kes itu dibawa ke Lembaga Disiplin dan tindakan tegas diambil.
Isu berkenaan disifatkan serius kerana melibatkan perlembagaan parti, kestabilan kepimpinan serta dakwaan perancangan membentuk gabungan tanpa mandat parti.




