Dunia

Netanyahu tak senang duduk, kritik rancangan UK iktiraf Palestin

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam rancangan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, untuk mengiktiraf negara Palestin menjelang September.

Ia jika Israel gagal menghentikan krisis di Gaza dan memulakan rundingan damai ke arah penyelesaian dua negara.

Netanyahu menyifatkan langkah itu sebagai memberi ganjaran kepada keganasan, khususnya tindakan Hamas, dan memberi amaran bahawa kewujudan negara “jihadis” di sempadan Israel hari ini boleh menjadi ancaman kepada Britain pada masa depan.

Rancangan Britain ini dilihat sebagai perubahan ketara dalam pendiriannya terhadap konflik Israel-Palestin, dipengaruhi oleh tekanan dalaman Parti Buruh serta inisiatif serupa oleh Perancis.

Starmer turut menuntut agar Hamas membebaskan semua tebusan, melucutkan senjata dan tidak terlibat dalam pentadbiran masa depan Gaza.

Difahamkan, Starmer telah menghubungi Netanyahu melalui telefon sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker