Hiburan
Netizen kecewa Ameera Khan, Jefri Nichol tak lagi saling mengikuti di IG dan padam foto berdua

Pasangan muda kegemaran ramai, Ameera Khan dan pelakon Indonesia Jefri Nichol, sekali lagi mencuri perhatian apabila kedua-duanya didapati tidak lagi saling mengikuti di Instagram dan memadam semua foto bersama.
Situasi itu segera mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang sebelum ini mengagumi hubungan jarak jauh mereka, sering dilihat mesra dan terbuka berkongsi momen manis di media sosial.
Hubungan Ameera dan Jefri sebelum ini dianggap serius apabila pelakon itu turut diperkenalkan kepada keluarga Ameera.
Namun, selepas langkah ‘unfollow’ dan ‘delete’ gambar terkini, ramai tertanya-tanya sama ada pasangan popular itu sekali lagi membawa haluan masing-masing.




