Malaysia

Operasi LRT Kelana Jaya terganggu lagi, penumpang hanya mampu kecewa

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya sekali lagi terganggu pagi tadi apabila sebuah tren mengalami masalah teknikal dan dikeluarkan daripada operasi, menyebabkan perubahan sementara pada kekerapan perjalanan.

Gangguan terbaharu itu menambah senarai insiden berulang dalam tempoh singkat, selepas masalah sama dilaporkan Isnin lalu yang turut menyaksikan beberapa tren dikeluarkan daripada perkhidmatan.

Situasi berterusan itu mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pengguna, yang mendakwa sudah hilang kiraan berapa kali tren rosak dan terpaksa keluar rumah lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.

Ada yang menyifatkan gangguan kini seolah-olah berlaku hampir setiap hari, sekali gus menjejaskan rutin harian mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker