Malaysia

Pelajar China jatuh dari tingkat 18 apartmen di Nilai

Seorang penuntut kolej swasta warga China berusia 18 tahun ditemui maut di aras lima sebuah apartmen di Bandar Baru Nilai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 18, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata mangsa ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh penduduk sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama rakan senegara di apartmen berkenaan.

Pemeriksaan pasukan forensik tidak menemui kesan kecederaan mencurigakan, manakala barangan peribadi mangsa didapati tidak hilang.

Mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi bagi menghormati keluarga mangsa serta tidak mengganggu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker