Malaysia

Spa songsang: Pegawai KPM terlibat dipindahkan serta-merta

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa beberapa pegawainya yang dikaitkan dengan kegiatan tidak bermoral telah diambil tindakan segera, termasuk dipindahkan serta-merta daripada institusi pendidikan sehingga siasatan dalaman selesai.

Kementerian menegaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan songsang dalam kalangan warga kerja dan telah mengarahkan semua ketua jabatan memperketat pemantauan bagi memastikan isu seumpama itu ditangani di semua peringkat.

Seramai 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi kegiatan seksual songsang di kawasan Chow Kit, pada Jumaat malam.

17 individu itu adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Tadbir Diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker