Uncategorized

Pelancong China maut jatuh dari tingkat 9 hotel di Kota Kinabalu

Seorang pelancong wanita warga China maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Jalan Haji Saman, Kota Kinabalu, pagi Ahad.

Mangsa berusia lingkungan 30-an dari Beijing itu ditemui tidak sedarkan diri selepas jatuh ke atas sebuah kenderaan yang diparkir di bawah bangunan.

Difahamkan, mangsa bercuti di Kota Kinabalu bersama suaminya. Polis menerima maklumat kejadian sekitar jam 7 pagi sebelum mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk proses lanjut.

Siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian, dan kes diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker