Dunia

Pelancong ditahan selepas rakaman lucah belakang pikap di Phuket tular

Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Rusia selepas rakaman video memperlihatkan dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di atas sebuah pikap bergerak di Phuket tular di media sosial.

Lelaki berusia 23 tahun itu, dikenali sebagai Georgii, ditahan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok pada Khamis ketika cuba meninggalkan negara.

Rakaman berdurasi 15 saat itu memaparkan Georgii bersama seorang wanita tempatan berusia 42 tahun dalam keadaan berbogel di bahagian belakang sebuah pikap hitam yang sedang bergerak.

Siasatan mendapati wanita terbabit menerima bayaran 1,000 baht (RM130) dan dimaklumkan rakaman tersebut dibuat untuk tontonan penonton Rusia.

Polis mengesahkan Georgii merupakan pencipta kandungan dewasa dengan sejarah memuat naik bahan lucah dalam talian.

Ketua Balai Polis Muang Phuket, Kolonel Chatree Chukaew pula mencadangkan visa Georgii dibatalkan dan dia disenarai hitam daripada memasuki Thailand pada masa hadapan.

Mengikut undang-undang Thailand, perbuatan lucah di tempat awam boleh dikenakan denda sehingga 5,000 baht.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker