Malaysia

Pemandu Bezza buat e-hailing hampir rempuh pejalan kaki ditahan

Polis menahan seorang pemandu e-hailing berusia 42 tahun selepas tindakannya memandu secara berbahaya dan melanggar lampu merah di Jalan Sultan Hishamudin, hampir merempuh seorang pejalan kaki.

Suspek yang memandu Perodua Bezza ditahan pada jam 8.15 pagi Rabu dan kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Video kejadian yang dipercayai berlaku Selasa lalu turut tular di TikTok, memperlihatkan kereta itu nyaris melanggar seorang wanita hingga menyebabkan barang dibawanya terjatuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker