Malaysia

Penahanan dua peserta Himpunan sokong GSF, KDN sokong ketegasan polis

Kementerian Dalam Negeri menyokong ketegasan polis memastikan hak berhimpun secara aman dilaksanakan secara tertib, berhemah, dan mematuhi undang-undang.

Ia berikutan penahanan dua individu kerana didapati menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas kawalan keselamatan perhimpunan di depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS), di ibu negara petang Khamis.

KDN menegaskan hak berhimpun secara aman dijamin di bawah Perlembagaan namun hak tersebut mesti dilaksanakan tanpa mengganggu ketenteraman masyarakat, atau menghalang anggota penguat kuasa menjalankan tugas rasmi.

Terdahulu, tunjuk perasaan diadakan di hadapan kedutaan AS susulan tindakan Israel menahan sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, keadaan perhimpunan menjadi tegang selepas beberapa peserta mula menghalang aliran trafik di Jalan Tun Razak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker