Malaysia

Penunggang motosikal maut langgar polis trafik atas lebuh raya

Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh anggota polis trafik yang sedang menjalankan pemeriksaan terhadap seorang pemandu di lorong kecemasan Kilometer 107.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 2.07 petang. Ketika kejadian, pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tangkak itu sedang menjalankan pemeriksaan di lorong kecemasan.

Rempuhan tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka. Penunggang motosikal, lelaki tempatan berusia 38 tahun yang menunggang Suzuki DL650XA, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Kes hanya melibatkan motosikal mangsa dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker