Malaysia

Permohonan STR ditolak? Ada 89 agensi kerajaan tentukan layak atau tidak

Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sering ditolak atas beberapa faktor utama.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, ia termasuk rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), status perkahwinan yang memerlukan pengesahan, pemohon telah meninggal dunia, atau pendapatan melebihi syarat kelayakan.

Kerajaan bekerjasama dengan 89 agensi seperti SSM, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri dan JPJ untuk memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak.

Mereka yang tercicir daripada senarai STR masih boleh membuat rayuan. Program ini terus dipantau untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker