Malaysia
GM Klang lanjut operasi hingga 10 malam, lancar Dataran GM Klang

KLANG:
Pusat borong terbesar negara, GM Klang Wholesale City, kini beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari bermula 1 November.
Turut diperkenalkan, Dataran GM Klang — ruang baharu untuk aktiviti komuniti, budaya dan keusahawanan.
Langkah ini seiring pembangunan pesat di Bandar Botanik, termasuk projek LRT3 yang dijangka menarik lebih ramai pengunjung.




