Uncategorized

Petrol percuma khas untuk 500 motosikal esok!   

Sejumlah 500 motosikal bakal menikmati minyak percuma bersempena program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ esok.

Program anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu diadakan di stesen minyak Petronas Seksyen 13, Shah Alam bermula jam 11 pagi.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Fauzi Aziz Maamor berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri dan pelajar di sekitar Shah Alam.

Ia bertujuan untuk membantu komuniti dan merapatkan hubungan perpaduan serta silaturahim antara warga MBSA dengan masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker