Malaysia
PETRONAS Gas sahkan paip gas bocor di Kerteh, terkawal

PETRONAS Gas Berhad (PGB) mengesahkan berlaku kebocoran pada saluran paip berhampiran Kampung Chabang, Kerteh pagi semalam.
Insiden jam 9.50 pagi itu disahkan terkawal dan jauh daripada kawasan penempatan penduduk. PGB berkata paip terlibat telah diasingkan, lokasi ditutup serta pemantauan berterusan dijalankan.
Bekalan gas pelanggan tidak terjejas kerana penghantaran dialihkan melalui saluran gantian.
Ketua Polis Daerah Kemaman memaklumkan kebocoran berlaku di tapak Projek ECRL Seksyen 5, kira-kira dua kilometer dari jalan utama. Jalan Kerteh–Kampung Ranggon ditutup sementara kepada pengguna.




