Malaysia

Pihak pendakwaan buktikan Bersatu terima sumbangan jutaan ringgit daripada Muhyiddin

Perbicaraan kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melibatkan tujuh pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

Pihak pendakwaan memaklumkan akan membuktikan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerima sumbangan berjuta-juta ringgit melalui Muhyiddin.

Ini ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti itu, dengan kira-kira 30 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan melebihi RM200 juta dengan projek Jana Wibawa.

Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, beliau didakwa menerima wang hasil aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun bank milik Bersatu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin dijadual berlangsung selama 29 hari bermula minggu ini hingga Ogos 2026 selepas mahkamah sebelum ini menolak representasi Muhyiddin untuk menggugurkan pertuduhan berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker