Malaysia
Polis panggil Arun Dorasamy isu kuil Rawang

Polis akan memanggil Arun Dorasamy berhubung laporan berkaitan isu kuil di Rawang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, sehingga 25 Februari, polis menerima lapan laporan daripada pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Arun.
Kes disiasat sebagai ROR (refer other report) dan turut melibatkan laporan perobohan binaan haram di tanah milik Yayasan Kubra.
Tindakan diambil kerana kenyataan itu didakwa menimbulkan kegusaran awam.




