Uncategorized
Polis rampas lebih 14.9kg heroin, syabu pasaran Johor Bahru

Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Iskandar Puteri pada 30 September lalu.
Serbuan itu membawa kepada rampasan lebih 14.9 kilogram heroin dan syabu yang dipercayai untuk pasaran sekitar Johor Bahru.
Semakan mendapati semua suspek berusia antara 24 hingga 41 tahun memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta didapati positif bahan terlarang.
Dalam operasi berasingan pada hari sama, dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun turut ditahan bersama lebih 4.6 kilogram heroin dan syabu selepas pemeriksaan ke atas sebuah kereta di Mutiara Rini.
Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Seksyen 15, 12 dan 39 Akta Dadah Berbahaya 1952.




