Malaysia

Polis siasat tindakan komplot jatuhkan kerajaan, libat tokoh tempatan

Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wujud komplot menjatuhkan kerajaan dan mensabotaj kestabilan negara yang dipercayai melibatkan seorang tokoh tempatan berpengaruh serta sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail, memaklumkan siasatan dimulakan susulan laporan polis yang diterima semalam.

Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi sehingga proses siasatan selesai.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker