Malaysia

Protes “Turun Anwar” hanya gimik politik – Shamsul Iskandar

Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin, menyifatkan perhimpunan “Turun Anwar” sebagai gimik politik oleh pihak yang gagal dalam pilihan raya lalu dan kini cuba kekal relevan.

Menurutnya, penganjur cuba menonjolkan kononnya protes itu mencerminkan suara rakyat, namun motif sebenar dilihat lebih kepada kepentingan kelompok kecil tertentu yang kecewa dengan keputusan di peti undi.

Protes anjuran Perikatan Nasional pada 26 Julai ini dijangka berlangsung di Dataran Merdeka, dengan sasaran kehadiran 300,000 peserta, selepas satu perhimpunan kecil di Shah Alam baru-baru ini hanya menarik sekitar 300 orang.

Kerajaan ketika ini, kata Shamsul, sedang menumpukan usaha membaik pulih institusi dan memperkukuh tadbir urus yang menurutnya telah dilemahkan pentadbiran terdahulu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker