Malaysia
Purata penerima BUDI95 isi minyak 98 liter sebulan

Had subsidi 300 liter sebulan di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) dianggap mencukupi untuk keperluan peribadi majoriti rakyat Malaysia.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan 99% rakyat menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan, dengan purata penggunaan penerima BUDI95 persendirian hanya 98 liter sebulan.
Harga RM1.99 seliter bagi 300 liter pertama memastikan perjalanan harian rakyat terus dilindungi, manakala penggunaan melebihi had dikenakan harga apungan RM2.60.
Kerajaan menolak penetapan harga berperingkat kerana dianggap kurang efisien dan berisiko tinggi kepada ketirisan.
Pola penggunaan akan dipantau dan had subsidi dinilai semula dari masa ke masa untuk memastikan keberkesanan dan kelestarian fiskal negara.



