Malaysia

“Rafizi kritik tanpa penyelesaian, tak sesuai bagi politik kerajaan campuran”

Seorang ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara menyifatkan Datuk Seri Rafizi Ramli kini dilihat sebagai liabiliti kepada gabungan Pakatan Harapan serta landskap politik negara.

Prof Dr Mohd Tajuddin Rasdi berkata pendekatan Rafizi yang sering mengkritik tanpa menawarkan penyelesaian dilihat tidak sesuai dalam era politik kerajaan campuran yang memerlukan kerjasama serta kompromi antara parti.

Beliau turut mendakwa Rafizi tidak mendapat sokongan kukuh daripada parti komponen kerajaan termasuk GPS, GRS, UMNO, Amanah serta sebahagian pemimpin DAP.

Tajuddin juga mengkritik tindakan Rafizi meletak jawatan sebagai menteri selepas tewas dalam pemilihan parti, selain mempersoalkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Menurutnya, langkah itu berisiko memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada parti lawan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker