Malaysia

Lelaki maut ditembak di stesen minyak di Klang  

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun maut selepas ditembak di sebuah stesen minyak Bukit Tinggi, Klang sekitar jam 11 malam tadi.

Rakaman CCTV menunjukkan seorang penunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah mangsa yang ketika itu sedang menggunakan perkhidmatan di stesen berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri, manakala mangsa dilaporkan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mangsa tidak bekerja dan siasatan awal mendapati suspek melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai bahagian hadapan kereta dan badan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan suspek serta menyiasat motif kejadian.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker