Raya dah dekat, cadangan 100% dividen KWSP masuk Akaun 3 jadi perhatian

Cadangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya 100 peratus dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dimasukkan ke Akaun 3 kini menjadi perhatian.
Beliau mencadangkan agar agihan dividen tahun ini disalurkan terlebih dahulu ke Akaun 3, iaitu akaun yang lebih fleksibel dan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, sebelum diagihkan ke Akaun 1 dan Akaun 2.
Menurutnya, struktur sedia ada yang menumpukan dividen ke Akaun 1 dan Akaun 2 menyukarkan pencarum, terutama golongan muda, untuk mengakses wang walaupun mempunyai simpanan dan menerima dividen yang tinggi.
Cadangan itu dilihat sebagai langkah sementara bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kewangan semasa, tanpa menjejaskan matlamat simpanan jangka panjang KWSP.
Beliau berharap kerajaan dan Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut sebagai pendekatan praktikal untuk membantu rakyat mengurus kewangan dalam tempoh mencabar ini.



