Malaysia

Rempuh kuda terlepas di Merlimau, tukang cuci UiTM maut akibat cedera parah

Seorang tukang cuci UiTM Jasin, Rajak Ismail, 59, maut selepas motosikal Yamaha Y16ZR yang ditungganginya merempuh seekor kuda yang melintas secara tiba-tiba di Jalan Sempang Bukit Kuda, Merlimau sekitar 7.10 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Nor Azlinda Nordin berkata, ,angsa dalam perjalanan ke tempat kerja mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi.

Mayat telah dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Tiada CCTV di kawasan kejadian namun polis telah mengesan pemilik kuda terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi diminta tampil membantu siasatan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker