Malaysia

Restoran nasi kandar cuci semula lauk di Seremban diarah tutup 14 hari, denda RM750

Sebuah restoran nasi kandar di Seremban diarahkan tutup 14 hari dan didenda RM750 selepas didakwa mencuci sisa makanan untuk dimasak serta dijual semula.

Tindakan diambil susulan aduan tular berkaitan lebihan ayam, kambing dan tauhu yang diproses semula.

Majlis Bandaraya Seremban mengeluarkan tiga kompaun atas kesalahan menjalankan perniagaan dan mempamer iklan tanpa kebenaran, selain tahap kebersihan tidak memuaskan serta ketiadaan jadual pembersihan tandas.

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menutup premis mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Orang ramai diingatkan menitikberatkan aspek kebersihan ketika memilih premis makanan bagi mengelakkan risiko keracunan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker