Rizz Quesillo jadi kegilaan di Bukit Bintang, pelancong siap ‘repeat’ 6 kali beratur panjang

Ada yang pernah mencuba dan datang semula untuk membeli, manakala ada juga yang sekadar ingin merasai sendiri makanan pencuci mulut yang berasal dari Venezuela tapi ‘meletup’ di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Diperbuat daripada campuran keju, krim putar, susu dan telur kampung segar, kini menjadi kegilaan pelanggan di sebuah gerai kecil di Bukit Bintang.
Lebih gila, ia bukan menjadi tumpuan orang tempatan malah pelancong luar negara yang sanggup beratur dan membeli lebih daripada lima kali sejak mula berada di sini.
Ahmed:
“Sebenarnya, saya menunggu dari 7 hingga 10 minit disini. Sebenarnya ini adalah kali ke-6 saya datang ke sini. Ia tidak terlalu manis, ia sangat cukup rasa.”
Dalam kalangan pelanggan tempatan pula, ada yang datang dari luar semenanjung dan mengambil peluang untuk membeli ketika singgah di ibu kota untuk membuat persiapan Aidilfitri.
Asyikin:
“Kami dari Sarawak, sekarang tengah beratur lah di sini untuk Riz Qusilo ni, yang tengah viral sekarang ni. Untuk merasalah yang dia punya tu, kelazatan dia macam mana kan. Merasalah yang ni, dia punya kelazatan.”
Suzamsyari:
“Saya memang suka karamel puding ni. Mana-mana saya pergi, saya beli. Tapi kali ni, saya beli sebab sebelum pada hari ni, saya selalu datang sini dan saya tengok biasanya ramai orang datang beli kat sini. Jadi hari ni saya ambil peluang sebab tak ramai untuk beli dan cuba rasa sendirilah puding karamel yang. Hampir 2-3 bulan lah kot. Saya datang sini, saya nak beli tapi tak berkesempatan sebab ramai orang datang beli.”
Bagi pengasas Rizzquesillo, Muhammad Amirul Faiz Kamarulzaman, perniagaannya yang bermula kira-kira sejak enam bulan lalu tidak menyangka bahawa hidangan bertekstur padat dan berlemak yang dijual RM15 sepotong itu akan menjadi fenomena seperti ini.
Faiz:
“Sebab dari mula berniaga, memang tak kejar trend atau viral. Kita kejar sedap sahaja dulu. Asalkan bila kita ikhlas berniaga, insyaAllah orang akan repeat dan kongsikan barang yang baik dengan kawan-kawan. Saya juga berharap Rizz dapat muncul sebagai ikon desert yang menyumbang dan oh sorry, harapan Rizz dapat muncul dan menyumbang sebagai ikon desert yang mewakili sektor pelancongan Malaysia.”



