Malaysia

RM500,000 untuk bulatan kecil, ini bulan atau bulatan? – Sanjeevan persoal projek di Kg. Taman Jaya

Naib Ketua Bersekutu Bersatu Malaysia, Datuk Seri Sanjeevan Ramakrishnan mempersoalkan kewajaran peruntukan RM500,000 bagi menaik taraf sebuah bulatan kecil di Kampung Taman Jaya yang diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Sanjeevan menyifatkan nilai setengah juta ringgit itu tidak masuk akal untuk projek sekecil itu dan menimbulkan tanda tanya sama ada ia benar-benar untuk kepentingan rakyat atau hanya menguntungkan pihak tertentu.

Beliau turut membangkitkan bahawa penduduk sekitar masih berdepan isu asas seperti jalan rosak dan longkang tersumbat, namun projek bulatan dijadikan keutamaan.

Terdahulu, Mohd Zaidy dalam kenyataannya menjelaskan projek tersebut adalah sebahagian usaha pembangunan berterusan di kawasan Kg. Taman Jaya.

Menurutnya, dua peruntukan telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu RM500,000 bagi menaik taraf bulatan dan RM30,000 bagi penambahbaikan fasiliti Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Beliau berkata, kedua-dua projek itu dijangka memberi manfaat kepada penduduk dari aspek keselamatan, kemudahan awam dan perpaduan komuniti setempat, serta memberi jaminan bahawa pelaksanaannya akan dipantau bagi memastikan manfaatnya dinikmati semua.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker