Malaysia
RON95 RM1.99 seliter bermula 30 September, had 300 liter sebulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini bagi warganegara Malaysia menerusi inisiatif BUDI95.
Beliau berkata, setiap rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi tersebut dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan.
Bagi pemandu e-hailing pula, mereka dikecualikan daripada had berkenaan dan boleh memohon kuota lebih tinggi.
Lebih 16 juta rakyat akan menerima manfaat daripada pelaksanaan subsidi ini yang bertujuan mengurangkan beban sara hidup.
Sementara itu, harga RON95 untuk bukan warganegara ditetapkan pada RM2.60 seliter mulai tarikh sama.




