Malaysia

Rose Blackpink dinobat wanita tercantik dunia 2025, Sydney Sweeney di tangga kedua

Penyanyi Blackpink, Rose dinobatkan sebagai wanita tercantik dunia dalam senarai tahunan 100 Most Beautiful Faces 2025 terbitan TC Candler, melonjak enam anak tangga berbanding tahun lalu.

Kejayaan itu turut menyaksikan dominasi Blackpink apabila Kim Jisoo berada di tangga ke-11, Lalisa Manobal di tempat ke-22 dan Jennie Kim pada kedudukan ke-46.

Tempat kedua senarai berkenaan disandang pelakon Hollywood, Sydney Sweeney, diikuti penyanyi Thailand daripada kumpulan Babymonster, Pharita, di tangga ketiga.

Pelakon terkenal lain seperti Zendaya dan Margot Robbie masing-masing berada di kedudukan ke-23 dan ke-83.

Bagi senarai 100 Most Handsome Faces 2025, penyanyi dan pelakon China, Zhang Zhehan menduduki tempat pertama, diikuti aktor Australia, Jacob Elordi, manakala pelakon Singapura, Ayden Sng di tangga ketiga.

TC Candler merupakan organisasi pengkritik bebas yang menerbitkan senarai kecantikan global itu sejak 1990 dan dianggap antara penanda aras paling berpengaruh dalam industri hiburan antarabangsa.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker