Malaysia
S Vikneswaran mengaku tidak bersalah pijak al-Quran, muat naik kandungan jelik

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas dua pertuduhan mencemarkan al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik melampau.
Tertuduh didakwa memijak al-Quran mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta membuat hantaran jelik menerusi aplikasi Threads di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.




