Malaysia

Sathiya terima sumbangan RM10,000 daripada TPM, kesihatan makin baik

Pelakon dan pelawak veteran Sathiya menerima sumbangan kewangan RM10,000 daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menjalani rawatan di Hospital Ampang, susulan laporan mengenai keadaan kesihatannya sebelum ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Arvend Applasamy, selepas pihaknya dimaklumkan mengenai kesukaran kewangan yang dihadapi keluarga pelakon berkenaan bagi menampung kos rawatan.

Sementara itu, rakan artis P.Jagan memaklumkan keadaan Sathiya, 62, kini semakin baik dan sudah sedar, walaupun tahap kesihatannya masih memerlukan pemantauan rapi.

Anak pelakon berkenaan, Amani turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil membantu, termasuk rakan artis yang hadir memberi sokongan kepada bapanya sepanjang tempoh rawatan.

Amani turut memberi bayangan bahawa bapanya akan kembali berlakon selepas proses rawatannya itu menunjukkan tanda positif dalam masa kira-kira enam hingga lapan bulan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker