Malaysia

Dua minggu lagi untuk subsidi RON95, pastikan cip MyKad berfungsi

Subsidi bersasar petrol RON95 dijangka bermula hujung bulan ini, selaras dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan bantuan kerajaan sampai kepada rakyat.

Ketua Setiausaha PH merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan kerajaan konsisten melaksanakan janji tersebut walaupun prosesnya mengambil sedikit masa.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya segera memeriksa cip MyKad masing-masing bagi memastikan ia berfungsi, kerana dokumen itu akan digunakan dalam pelaksanaan subsidi.

Jika rosak, semakan dan penggantian boleh dibuat di mana-mana pejabat JPN dan siap pada hari sama.

Ogos lalu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyatakan perincian penuh mekanisme subsidi akan diumumkan menjelang akhir September.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker