Dunia

Satu daripada 100 kematian seluruh dunia berpunca dari bunuh diri – WHO

Lebih satu daripada setiap 100 kematian di seluruh dunia berpunca daripada bunuh diri, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada 2021, iaitu tahun terakhir dengan data yang tersedia dianggarkan sebanyak 727,000 kes bunuh diri direkodkan di seluruh dunia.

Secara keseluruhan, bunuh diri menyumbang lebih satu daripada setiap 100 kematian dan bagi setiap satu kematian, terdapat 20 cubaan bunuh diri.

Laporan World Mental Health Today oleh WHO menegaskan bunuh diri kekal sebagai antara punca utama kematian dalam kalangan anak muda merentasi pelbagai negara dan latar sosioekonomi.

Pada 2021, ia menjadi punca kedua tertinggi kematian bagi remaja perempuan dan wanita berusia 15 hingga 29 tahun serta punca ketiga tertinggi bagi lelaki dalam lingkungan usia yang sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker