Malaysia
Selepas Muhyiddin, Sahruddin letak jawatan Pengerusi PN Johor

Adun Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, susulan tindakan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari.
Sahruddin yang juga Ketua Bersatu Johor dan bekas Menteri Besar mengambil langkah itu sejurus pengumuman dibuat di peringkat pusat.
Peletakan jawatan tersebut turut dikaitkan dengan perkembangan kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan pertukaran jawatan menteri besar antara wakil PAS dan Bersatu.




