Malaysia

Semua pembinaan rumah ibadat wajib patuh undang-undang – Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan isu berkaitan agama tidak boleh dipolitikkan kerana berisiko menjejaskan keharmonian, perpaduan dan kestabilan negara majmuk.

Seri Paduka Baginda menekankan bahawa semua pembinaan rumah ibadat, sama ada kuil, masjid, gereja atau tokong, wajib mematuhi undang-undang dan diselesaikan melalui saluran perundangan yang sama tanpa mengira agama atau kaum.

Pendekatan ini selaras dengan asas pembinaan negara yang berpaksikan toleransi, saling menghormati dan kedaulatan undang-undang.

Sultan Ibrahim turut mengimbas peranan baginda menyelesaikan insiden perobohan kuil di Johor pada 2018 secara aman dan berlandaskan undang-undang, sebagai contoh penyelesaian berhemah tanpa mencetuskan ketegangan.

Baginda menegaskan kepentingan sikap saling menghormati antara penganut agama, termasuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, bagi mengelakkan provokasi, salah faham dan ketegangan yang boleh menjejaskan perpaduan nasional.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker