Dunia

Serangan ke atas Iran makan diri, AS hadapi krisis bekalan minyak

Dua minggu selepas serangan ke atas Iran bermula, tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semakin dipersoalkan apabila kesannya mula dirasai terhadap ekonomi dan geopolitik global.

Serangan itu dikatakan mencetuskan kebimbangan krisis bekalan minyak, termasuk kemungkinan Iran menutup Selat Hormuz yang boleh mendorong kenaikan harga petrol di Amerika Syarikat walaupun negara itu merupakan pengeksport petroleum.

Krisis tersebut juga dilihat berpotensi memberi kelebihan kepada Rusia, sekali gus membuka ruang kepada Presiden Vladimir Putin mengurangkan tekanan ekonomi akibat perang di Ukraine.

Setakat ini, alasan jelas di sebalik tindakan ketenteraan terhadap Iran masih kabur walaupun konflik sudah memasuki hari ke-14.

Pada masa sama, tiada bukti kukuh dikemukakan bahawa Iran hampir memiliki senjata nuklear, walaupun serangan terhadap kemudahan berkaitan program nuklear negara itu sebelum ini didakwa sebagai kejayaan besar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker