Dunia

Serangan sedia dihentikan jika AS kekalkan gencatan bom – Iran

Iran memaklumkan akan menghentikan serangan balas selagi Amerika Syarikat (AS) tidak meneruskan semula kempen pengeboman. Seorang pegawai kanan Iran berkata, pendirian Tehran kekal dengan prinsip *”serangan dibalas serangan” dan mesej itu telah disampaikan kepada Washington.

AS menghentikan serangan udara selepas 13 malam berturut-turut, dengan tiada serangan dilaporkan pada Sabtu dan Ahad. Sebelum ini, Iran membalas setiap serangan AS dengan menyerang kawasan yang menempatkan pangkalan tentera AS.

Duta AS ke PBB, Mike Waltz, berkata Presiden Donald Trump menghentikan sementara serangan bagi memberi ruang kepada usaha diplomasi. Dalam masa sama, pegawai AS memaklumkan sasaran di Selat Hormuz semakin berkurangan dan stok senjata turut menjadi kebimbangan.

Namun, Iran masih skeptikal dan menganggap penghentian serangan itu hanya bersifat taktikal, bukannya perubahan sebenar dalam pendirian AS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker