Malaysia

Sindiket jual patung tiruan ‘Labubu’ bernilai kira-kira RM8 juta tumpas

Polis di Shanghai berjaya menumpaskan satu sindiket yang menghasilkan dan menjual patung mainan tiruan ‘Labubu’, serta menahan lapan individu bersama lebih 5,000 patung palsu bernilai kira-kira RM8 juta (AS$1.7 juta).

Labubu merupakan patung mainan keluaran syarikat Pop Mart yang berpusat di Beijing dan kini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia sehingga ada yang sanggup mencuri dan merompak untuk mendapatkannya.

Ini termasuk dalam kalangan selebriti seperti Rihanna dan Dua Lipa yang sering dilihat menggantungnya pada beg tangan.

Disebabkan permintaan yang tinggi, banyak tiruan turut dijual di pasaran dan mendapat gelaran “Lafufu” oleh pengguna media sosial.

Kes ini terbongkar selepas Pop Mart menerima aduan daripada seorang pelanggan yang membeli patung palsu secara dalam talian.

Siasatan polis kemudiannya membawa kepada penemuan sebuah kedai atas talian yang menyamar menjual barangan elektronik seperti kipas dan konsol permainan, tetapi sebenarnya menjual patung tiruan Labubu.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker