MalaysiaSukan

Skechers perkenal Siri SKX AERO, gandingan prestasi dan sokongan kesihatan kaki

Skechers mengorak langkah dalam arena larian dengan pelancaran dua model terbaharu menerusi siri prestasi SKX AERO, iaitu SKX AERO Spark dan SKX AERO Burst.

Signifikannya, kedua-dua kasut ini telah menerima pengiktirafan daripada American Podiatric Medical Association (APMA), sekali gus menjamin kualiti serta sokongan kesihatan kaki yang diiktiraf pakar.

SKX AERO Spark yang berharga RM659 direka untuk latihan kelajuan dan kegunaan harian. Ia dilengkapi bahagian atas mesh yang tinggi pengudaraan, kusyen HYPER BURST ICE, serta teknologi H-Plate dan Arch Fit bagi memastikan pergerakan yang lebih lancar dan stabil.

Manakala SKX AERO Burst (RM759), fokusnya pula kepada pelari jarak jauh yang memerlukan sokongan berterusan.

Model ini menggabungkan kusyen berprestasi tinggi dengan komponen karbon H-Wing serta tapak luar Goodyear Performance untuk ketahanan optimum dan peralihan langkah yang semula jadi.

Koleksi baharu ini boleh didapati di cawangan terpilih Skechers, termasuk di Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX, dan 1 Utama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker