Malaysia

373 penumpang terkandas dalam Monorel KL, seorang dilaporkan pengsan

Seorang penumpang pengsan manakala 373 penumpang terkandas selepas sebuah tren Monorel Kuala Lumpur terhenti akibat gangguan sistem teknikal di antara Stesen Medan Tuanku/Jalan Sultan Ismail dan Chow Kit, pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa menerima panggilan pada 9.39 pagi dan segera ke lokasi dan mendapati seorang mangsa pengsan dan telah diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan.

Menurut jurucakap bomba, penumpang dipindahkan secara berperingkat ke tren gantian sebelum dibawa turun berhampiran Stesen Jalan Sultan Ismail sehingga operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.03 pagi.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan pasukan transit di dalam tren bertindak memindahkan penumpang dengan selamat, sementara jurutera melakukan pemeriksaan dan baik pulih.

Bagi memastikan perjalanan tidak terhenti sepenuhnya, Rapid Rail mengaktifkan laluan tren perantara antara KL Sentral–Hang Tuah dan Hang Tuah–Bukit Nanas, selain menyediakan bas perantara antara Titiwangsa dan Bukit Nanas.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker