Malaysia
SPRM kesan empat orang anak Tun Daim

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan empat individu bagi membantu siasatan satu kes dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu.
Mereka ialah Asnida Abdul Daim (alamat terakhir di Country Heights, Kajang), Md Wira Dani Abdul Daim (Taman Melawati, Ulu Klang) serta Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim yang beralamat terakhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
SPRM meminta kerjasama orang ramai bagi melancarkan proses siasatan.




