Malaysia
Stadium Nasional kini TM Stadium Nasional, Stadium Putra dijenama Unifi Arena

Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Putra Bukit Jalil kini melalui penjenamaan semula selepas Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjalin kerjasama hak penamaan bersama Telekom Malaysia.
Berkuat kuasa 6 Mac 2026, Stadium Nasional dikenali sebagai TM Stadium Nasional, manakala Stadium Putra pula dijenamakan semula sebagai Unifi Arena bagi tempoh tiga tahun.
PSM memaklumkan kerjasama itu bertujuan memastikan kedua-dua venue utama negara kekal relevan serta berdaya saing sebagai lokasi penganjuran acara sukan dan hiburan bertaraf antarabangsa.
Hasil kerjasama berkenaan turut akan digunakan untuk menaik taraf serta menambah baik kemudahan stadium demi meningkatkan pengalaman pengunjung.




